Demonstrasi pro-Palestin menentang sokongan AS terhadap Israel

Iklan
Beberapa penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis 'Tamatkan Bantuan AS' dan 'Penentangan Bukanlah Keganasan' sejak Sabtu. - Foto REUTERS

NEW YORK - Ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di Times Square di New York City, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, bagi menentang sokongan AS terhadap Israel.

Beberapa penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis 'Tamatkan Bantuan AS' dan 'Penentangan Bukanlah Keganasan' sejak Sabtu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Gabenor New York, Kathy Hochul mengecam perhimpunan tersebut, sambil menyifatkan ia adalah langkah yang menjijikkan secara moral.

Washington percaya serangan terbaharu pejuang Hamas mungkin bermotifkan untuk mengganggu potensi normalisasi hubungan Israel-Arab Saudi.

Iklan

Pejuang Hamas pada Sabtu melancarkan serangan di bandar-bandar Israel susulan peningkatan serangan oleh tentera Israel di Masjid al-Aqsa sejak kebelakangan ini.

Serangan Hamas yang dilancarkan pada waktu Subuh pada hari Sabtu yang terbesar ke atas Israel sejak Mesir dan Syria melancarkan serangan mengejut dalam usaha untuk menuntut semula wilayah yang hilang dalam perang Yom Kippur 50 tahun lalu.

Iklan