Lebih 123,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal - PBB

Iklan
Kepulan asap dilihat susulan serangan udara tentera rejim Zionis ke atas Gaza. - Foto AP

GAZA - Lebih daripada 123,000 rakyat Palestin di Gaza hilang tempat tinggal dengan kira-kira 74,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ini susulan serangan udara tentera zionis Israel bertindak balas terhadap serangan pejuang Hamas pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Seramai 2.3 juta penduduk menetap di Gaza, antara populasi penduduk tertinggi di dunia.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan lebih 400 orang terkorban akibat serangan Israel dengan lebih 2,000 lagi cedera.

Iklan

Dalam perkembangan lain PBB memaklumkan loji jana kuasa di Gaza berkemungkinan akan kehabisan bahan api dalam masa beberapa hari lagi.

Ini akan menyebabkan bandar itu terputus bekalan elektrik dan memburukkan lagi keadaan di Gaza selain mengancam nyawa.

Iklan

Pada Ahad, Israel memotong bekalan elektrik ke bandar itu susulan arahan daripada pejabat Perdana Menteri.