Rumah sewa jadi transit PATI sebelum pulang ke negara asal

Iklan
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Olak Lempit pada Jumaat.

KUALA LANGAT - Penahanan 56 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Olak Lempit di sini, Jumaat lalu membongkar aktiviti di sebuah rumah sewa yang dijadikan tempat persinggahan dan persembunyian sementara warga asing terbabit sebelum pulang ke negara asal.

Ahmad Ridhwan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, operasi kira-kira jam 6.45 petang itu dijalankan sepasukan anggota dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih.

Iklan
Iklan

"Serbuan dijalankan mulanya mendapati terdapat tiga individu warga asing dipercayai bertindak sebagai tekong dilihat dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan perumahan terbabit.

"Siasatan awal dijalankan kemudiannya membawa kepada penemuan 45 lelaki dan lapan wanita warga asing berumur antara 17 hingga 53 tahun dalam sebuah rumah sewa di lokasi serbuan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya, pemeriksaan dijalankan turut mendapati kesemua PATI terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri.

"Soal siasat yang dijalankan mendapati kesemua mereka yang ditahan itu dalam perjalanan secara haram untuk keluar dari negara ini.

Iklan

"Rumah yang dijadikan lokasi persembunyian itu dipercayai disewa untuk dijadikan lokasi transit sementara kesemua warga asing berkenaan dipindahkan," katanya.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan itu direman selama 14 hari.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.