AS hantar kapal perang, jet pejuang ke Israel

Iklan
AS telah mengarahkan pergerakan USS Gerald R. Ford Carrier Strike Group yang terdiri daripada sebuah kapal pengangkut pesawat, sebuah kapal penjelajah peluru berpandu dan empat kapal pemusnah peluru berpandu ke Mediterranean Timur. - Foto Agensi

WASHINGTON - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin pada Ahad berkata, Pentagon menghantar kapal perang dan jet pejuang ke Mediterranean Timur sebagai tanda sokongan kepada Israel di tengah-tengah peningkatan konflik antara tentera Israel dan Hamas, lapor Xinhua.

Austin dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengarahkan pergerakan USS Gerald R. Ford Carrier Strike Group yang terdiri daripada sebuah kapal pengangkut pesawat, sebuah kapal penjelajah peluru berpandu dan empat kapal pemusnah peluru berpandu ke Mediterranean Timur.

Iklan
Iklan

Beliau menambah, kerajaan AS akan segera menyediakan Pasukan Pertahanan Israel dengan peralatan dan sumber tambahan, termasuk peluru.

Pusingan pertama bantuan keselamatan AS kepada Israel akan mula bergerak pada Ahad dan tiba dalam beberapa hari akan datang, kata Austin.

Iklan

Keputusan Pentagon dibuat ketika konflik antara Israel dan Palestin meningkat secara drastik pada Sabtu selepas Hamas melancarkan beribu-ribu roket ke Israel, membunuh sekurang-kurangnya 600 warga Israel setakat Ahad, menurut laporan media Israel yang memetik pegawai kerajaan.

Tentera Israel bertindak balas dengan serangan udara ke atas Gaza, yang dikawal oleh Hamas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 313 kematian rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza. - Bernama-Xinhua

Iklan