Agenda pengasingan peranan peguam negara, pendakwa raya dilaksana berfasa

Iklan
Azalina

KUALA LUMPUR - Agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selepas kerajaan mengambil kira kerumitan dan cabaran pelaksanaannya, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, menerusi Fasa Pertama, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif sedang menjalankan kajian ke atas beberapa negara bagi meneliti dan merangka model yang paling sesuai dalam konteks Malaysia.

Iklan
Iklan

"Negara yang sedang dikaji mengamalkan sistem perundangan berasaskan demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem adversarial (bertentangan) dan mempunyai pelbagai struktur pentadbiran iaitu Persekutuan, Negeri, Kesatuan dan sebagainya,” kata beliau.

Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu garis masa pelaksanaan agenda tersebut pada sesi soal jawab di Parlimen, pada Isnin.

Iklan

"Seterusnya Fasa Ketiga, sesi libat urus bersama dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta pihak pemegang taruh lain termasuk agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Oleh itu, inisiatif ini secara jelas mengambarkan Kerajaan Perpaduan Madani sedang mengorak langkah serius secara progresif dan proaktif bagi memastikan usaha pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dilaksana dengan jayanya mengambil kira semua aspek secara menyeluruh,” katanya.- Bernama

Iklan