KUALA LUMPUR - Sikap warga kota tidak menghiraukan notis kompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu diubah bagi mengelak tayar kenderaan mereka dikunci Pasukan Apit Roda DBKL.
DBKL dalam satu kenyataan turut memaklumkan bermula Oktober ini, tindakan kunci roda kenderaan akan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan di sekitar ibu negara.