11 karakter Al-Abrar bina integriti, tingkat etika kerja

Iklan
Antara peserta World #QuranConvention 3.0 yang hadir pada program berkenaan pada Disember tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Surah Al-Insan berpaksikan 11 karakter Al-Abrar dapat membina nilai integriti sekali gus meningkatkan etika pekerjaan dalam sesebuah organisasi.

Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, nilai itu penting bagi memperoleh kepercayaan orang ramai terutama pelabur terhadap industri perniagaan.

Iklan
Iklan

Katanya, tiada yang mustahil dalam kehidupan, namun perlu menerapkan integriti selain mempunyai niat jelas bagi membangkitkan fokus dan motivasi.

"Ia perlu selari dengan apa yang dikehendaki dan diredai oleh ALLAH SWT,” katanya ketika ditemu bual sempena promosi World #QuranConvention 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.

Iklan

Beliau turut menekankan kepada masyarakat supaya membudayakan 11 karakter itu bagi membentuk perilaku dan akhlak yang baik.

Ujarnya, surah itu bertepatan untuk mendidik nilai kemanusiaan terutama dalam menghormati hak asasi manusia.

Antara peserta World #QuranConvention 3.0 yang hadir pada program berkenaan pada Disember tahun lalu.

Iklan

Irmohizam turut berkongsi kejayaan beliau dipilih menjadi ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

"Saya merupakan rakyat Malaysia yang pertama dan satu-satunya Muslim yang memegang jawatan itu termasuk sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA.

"Dengan tanggungjawab ini, saya akan berusaha untuk membawa kesedaran kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara terbuka untuk dilawati termasuk melakukan pelaburan,” katanya.

Tambah Irmohizam, beliau turut memasang impian untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah bagi Ekspo Dunia seperti di Dubai sebelum ini.

Jelasnya, ekspo berkenaan akan memberi gambaran baik terhadap kedudukan Malaysia di mata dunia.

"Kita akan tunjukkan bukti melalui bakat, aset dan budaya, jika merangkumi semua aspek ini, sudah tentu ia memenuhi apa yang dinyatakan dalam Surah Al-Insan,” ujarnya.