‘Hati-hati dengan penunggang nama Palestin’ - Mufti Perlis

Iklan
Mohd Asri

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta orang ramai berhati-hati dengan 'scammer' atau sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk membantu rakyat Palestin.

Beliau tidak menolak ada pihak sedemikian akan muncul untuk meraih simpati orang ramai dengan menggunakan isu serangan Israel terhadap Palestin demi kepentingan diri.

Iklan
Iklan

"Bila Palestin diserang, ramai scammer dalam negara kita akan mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk Palestin. Padahal untuk diri mereka sendiri.

"Hati-hati dengan penunggang nama Palestin!” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Ahad.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, lebih 40,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal dan telah berpindah akibat serangan berterusan tentera Israel sejak Sabtu.

Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada berkata, menurut Kementerian Pembangunan Sosial Palestin, kesemua mereka telah meninggalkan kediaman dan cuba mencari perlindungan termasuk di sekolah-sekolah.

Iklan

Sementara itu, di ruangan komen, orang ramai bersetuju dengan peringatan yang diberikan oleh Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.

Pengguna aplikasi X, @Skywalker8585 bersetuju kerana sebelum ini ada pihak yang berpura-pura sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan menggunakan gambar mangsa untuk meraih simpati rakyat Malaysia.

"Betul tuan. Suatu ketika dulu NGO terpaling Palestin sanggup gunakan gambar mangsa negara lain demi meraih simpati rakyat Malaysia untuk mengeluarkan sedekah,” ujarnya.