DHAKA - Kerajaan Bangladesh meluluskan import tambahan 50 juta telur di tengah-tengah bantahan orang ramai mengenai kenaikan harga pasaran di negara itu, lapor Xinhua.
Kementerian Perdagangan Bangladesh memberi kelulusan kepada lima firma untuk mengimport telur berkenaan.
Iklan
Iklan
Susulan keputusan terbaharu kementerian yang diumumkan pada Ahad, setakat ini sebanyak 15 syarikat mendapat kelulusan untuk mengimport 150 juta telur dari luar negara.
Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, rakyat Bangladesh dilaporkan mengurangkan penggunaan telur apabila harga melonjak kepada 160-170 taka sedozen sepanjang minggu lepas di ibu kota Dhaka, dan di wilayah lain di negara ini.
Permintaan di negara itu dianggarkan mencecah 40 juta telur sehari, menurut kementerian. (1 dolar AS bersamaan dengan 110 taka). - Bernama