Seorang maut, 8 lagi cedera ditembak di parti persendirian

Iklan
Seorang maut manakala lapan lagi cedera d alam kejadian tembakan besar-besaran di sebuah parti persendirian di Pennsylvania.

MOSCOW - Seorang maut manakala lapan lagi cedera dalam kejadian tembakan besar-besaran di sebuah parti persendirian di Pennsylvania, AS, lapor Sputnik, memetik polis tempatan.

Insiden berlaku pada pagi Ahad di White Township, Indiana County, tidak jauh dari Indiana University of Pennsylvania, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

Seramai sembilan orang berumur antara 18 dan 23 tahun ditembak dan seorang lelaki berusia 18 tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pegawai penguatkuasa undang-undang kini sedang menyiasat kejadian itu. - Bernama

Iklan
Iklan