Berang ditegur, wanita ugut tetak adik dengan pedang

Iklan

SUNGAI BULOH - Seorang wanita yang dipercayai cuba menetak adik kandungnya di kediaman mereka di Kampung Melayu Sungai Buloh, diberkas polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Buloh telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan daripada mangsa kira-kira jam 3.40 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek berusia lingkungan 30-an kemudian telah ditahan untuk tindakan lanjut.

"Dipercayai kejadian kerana wanita terbabit di bawah pengaruh dadah telah ditegur adik lelakinya berusia lingkungan 20-an selepas kedua-dua mereka berlanggar bahu sebelum mangsa diugut untuk ditetak menggunakan pedang.

Iklan

"Semakan polis turut mendapati suspek memiliki lima rekod lampau bersabit kes dadah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, polis kemudian telah merampas sebilah pedang sepanjang kira-kira 91 sentimeter (cm).

Iklan

Katanya, suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.