Kerajaan salur bantuan RM1 juta untuk Palestin

Iklan
Ahmad Zahid menyatakan pendirian Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel ketika persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyalurkan RM1 juta menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyaluran bantuan itu adalah tindakan segera kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.

"Sebagai tanda solidariti saya menyeru Ahli Yang Berhormat yang berada di luar dan dalam dewan ini untuk turut sama-sama menghulurkan sumbangan dalam tabung yang disediakan di luar dewan atas persetujuan Speaker.

Iklan
Iklan

"Saya harap tabung itu dapat diisi dan hasil kutipan kita serahkan kepada Kementerian Luar Negeri," katanya ketika Sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu, ujar beliau, sokongan terhadap rakyat Palestin perlu disuarakan oleh semua pihak melalui penggunaan #SolidarityForPalestine menerusi platform media sosial masing-masing.

Iklan

"Insya-ALLAH hari Jumaat ini kita tidak perlukan mana-mana parti politik atau mana-mana pertubuhan menganjurkan perhimpunan menyokong Palestin.

"Kita bersama-sama untuk turun bagi mendukung perhimpunan Palestin," ujarnya.

Iklan

Sementara itu, menurutnya, kerajaan juga akan menggesa kesemua badan serantau dan antarabangsa untuk mengadakan sidang mesyuarat khas dengan segera membabitkan konflik Palestin-Israel.

"Sidang mesyuarat khas itu akan dilakukan secara konsisten dan pada setiap masa, bukan hanya setelah konflik berdarah tercetus.

"Ia akan digerakkan di setiap platform, lapangan, keadaan dan masa," jelasnya.