Mohd Sabri dilantik CEO baharu TFCSB

Iklan
Mohd Sabri - Foto Facebook Terengganu FC

TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada Isnin mengumumkan pelantikan Mohd Sabri Abas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang baharu.

TFCSB dalam kenyataannya berkata, pelantikan Mohd Sabri yang juga bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) TFCSB itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Mohd Sabri yang memiliki pengalaman luas dalam industri sukan telah banyak menyumbang kepada perkembangan TFCSB dan kelab Terengganu FC (TFC) sejak mula berkhidmat pada 2020.

"Melihat kepada kredibiliti dan pengalaman, beliau adalah calon terbaik untuk menjadi peneraju TFCSB. Keluarga besar TFCSB mengucapkan sekalung tahniah dan kehadiran beliau sebagai CEO diharap dapat membawa TFCSB serta kelab TFC ke peringkat lebih tinggi," menurut kenyataan itu.

Iklan

Sebelum menggalas tugas COO di TFCSB, Mohd Sabri yang memiliki Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan di universiti sama terlebih dahulu memegang jawatan sebagai pengurus pasukan Piala Presiden pada 2018 dan penolong pengurus Liga Super T-Team pada 2015 hingga 2018.

"Saya menganggap pelantikan ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang cukup besar. Oleh itu saya mengambil tanggungjawab ini dengan penuh positif dan berazam untuk membawa TFC ke arah yang lebih cemerlang," ujar Mohd Sabri. - Bernama

Iklan