Isu Palestin: Kerajaan perlu desak badan antarabangsa ambil tindakan

Iklan
Kanak-kanak turut menjadi mangsa kekejaman Israel. - Foto EPA

Rejim Zionis secara terus-menerus telah melanggar hak asasi manusia - Ketua Pemuda Amanah

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mendesak badan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Israel yang melakukan serangan ke atas Palestin.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan (WP) menuntut dalam satu kenyataan bersama berkata, rejim Zionis secara terus-menerus telah melanggar hak asasi manusia seperti yang digariskan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindak balas Hamas adalah wajar bagi mempertahankan kedaulatan Palestin dan keselamatan rakyat dari terus menjadi mangsa serangan dan kezaliman Zionis.

"Tindakan diambil pihak Hamas bukanlah provokasi agresif, namun merupakan tindak balas tuntas ke atas siri keganasan Israel.

Israel melancarkan serangan terhadap beberapa kawasan di bumi Gaza termasuk menyasarkan bangunan penempatan rakyat Palestin dan hospital. - Foto EPA.

Iklan

"Siri kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin semakin melampau kebelakangan ini. Ia sengaja dilakukan bagi mewujudkan ketegangan dan mencetuskan peperangan sebagai sebahagian taktik politik kotor kerajaan rejim Zionis," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Amanah Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar, Zulhafiz Zulkifli (Lembah Pantai), Muhammad Faris Ariffin (Batu),

Iklan

Muhamad Iqbal Suyanto (Kepong), Raja Mohamad Haziq Raja Mohamad Kamal (Cheras), Ahmad Mujahid Hayatul Kamil (Bandar Tun Razak) dan Shamz Johan (Wangsa Maju).

Menurut kenyataan itu, Pemuda Amanah WP mendukung segala usaha perdamaian oleh masyarakat antarabangsa selagi berlandaskan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi rakyat Palestin.

Pada masa sama, pihaknya mengajak seluruh rakyat Malaysia menyatakan kesatuan bersama rakyat Palestin dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan dan keamanan serta menoktahkan konflik yang berpanjangan.

"Sokongan dalam bentuk sumbangan kemanusiaan melalui badan-badan rasmi dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu segera digerakkan.

"Ini dapat membantu rakyat Palestin yang tersepit dan menjadi mangsa kebinasaan lingkungan (collateral damage) dalam episod terbaharu konflik Palestin dan rejim Zionis ini," katanya.