McDonald’s Malaysia perluas komitmen bangunkan potensi belia

Iklan
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (kanan) menyampaikan penghargaan kepada Muhammad Faris (tengah) yang berjaya menerima Anugerah Perantis Terbaik (Keseluruhan) sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 Akademi Vokasional McDonald's di UiTM Puncak Alam, di sini pada 25 September.

427 graduan berjaya tamatkan Program Perantis Vokasional McDonald’s

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (kanan) menyampaikan penghargaan kepada Muhammad Faris (tengah) yang berjaya menerima Anugerah Perantis Terbaik (Keseluruhan) sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 Akademi Vokasional McDonald's di UiTM Puncak Alam, di sini pada 25 September.

SHAH ALAM - McDonald’s Malaysia melakar sejarahnya sendiri apabila seramai 427 orang perantis Program Perantis Vokasional McDonald’s berjaya menamatkan latihan mereka dengan jayanya di Akademi Vokasional McDonald’ s.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka yang menamatkan latihan dalam bidang hospitaliti serta perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) itu memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga (SKM 3) masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-4, Akademi Vokasional McDonald’s pada 25 September lalu.

Majlis itu diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, di sini dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

Iklan

Pada masa sama, majlis konvokesyen itu turut menyaksikan seorang perantis dari Terengganu, Muhammad Faris Abdullah, 18, muncul sebagai penerima Anugerah Perantis Terbaik (Keseluruhan).

Program Perantis Vokasional McDonald’s yang diperkenalkan pada tahun 2018 itu merupakan inisiatif McDonald’s Malaysia untuk membangunkan potensi kakitangannya khususnya golongan belia dalam kemahiran serta pengalaman pekerjaan dalam sektor hospitaliti dan perkhidmatan F&B.

Iklan

Dengan tempoh latihan selama 18 bulan di Akademi Vokasional McDonald’s, para perantis menjalani latihan yang menggabungkan 30 peratus teori manakala 70 lagi dalam bentuk praktikal.

Sehingga kini, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah melahirkan lebih 4,000 belia berketerampilan dalam sektor berkenaan hasil daripada enam tahun pelaksanaannya.

Pembiayaan latihan

Menurut Azmir, dalam tempoh tersebut, sebanyak RM50 juta telah dibelanjakan bagi melaksanakan Program Perantis Vokasional McDonald’s yang mampu membangunkan bakat serta kepimpinan kakitangannya.

AZMIR

Katanya, secara keseluruhan McDonald’s Malaysia memperuntukkan RM40,000 untuk seorang perantis sepanjang mengikuti Program Perantis Vokasional McDonald’s yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (KSM).

"Kos itu meliputi elaun bulanan sebanyak RM1,500, kemudahan tempat tinggal dan makan minum percuma, faedah insurans dan perubatan, perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan inisiatif McDonald’s bagi memperkasa belia di negara ini, selain mewujudkan tenaga kerja mampan dan berkemahiran tinggi dalam bidang perkhidmatan makanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Azmir, daripada keseluruhan perantis yang menamatkan Program Perantis Vokasional McDonald’s, 95 peratus daripadanya telah memilih berkhidmat dengan McDonald’s.

"Ini secara langsung menunjukkan komitmen dan kesungguhan mereka untuk terus membina kerjaya bersama McDonald’s,” jelas Azmir.

Lebih membanggakan kata Azmir, seramai 62 lepasan Program Perantis Vokasional McDonald’s telah berjaya mengembangkan kerjaya mereka sebagai pengurus dan penolong pengurus restoran manakala 160 lagi sebagai ketua kru dan selebihnya berkhidmat sebagai jurulatih kru.

Mengenai perancangan McDonald’s Malaysia, Azmir menjelaskan pihaknya berhasrat untuk mengembangkan lagi Program Perantis Vokasional McDonald’s ke Sabah dan Sarawak.

Usaha itu selari dengan perancangan McDonald’s Malaysia untuk membuka tambahan 500 restoran menjelang tahun 2026 yang mampu menawarkan lebih 50,000 peluang pekerjaan kepada belia selain latihan kepada lebih 10,000 perantis baharu di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

Bagi mereka yang berminat menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s boleh layari bahagian kerjaya di https://www.mcdonalds.com.my/ atau emel kepada MY-Recruitment@my.mcd.com.

Meningkatkan keterampilan belia

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia Tahap Empat (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap Lima (DLKM 5) kepada 18 orang alumni Program Perantis Vokasional McDonald’s bagi meningkatkan potensi mereka ke peringkat lebih tinggi.

Sebahagian daripada 427 perantis yang berjaya menamatkan Program Perantis Vokasional McDonald’s selama 18 bulan dalam bidang hospitaliti dan perkhidmatan F&B.

Kesemua alumni yang terpilih itu dijadualkan akan memulakan pengajian DKM 4 dan DLKM 5 pada tahun hadapan manakala kos pengajian akan ditanggung penuh oleh McDonald’s Malaysia.

Menurut Azmir, pengajian DKM 4 itu sama taraf dengan diploma di institusi-institusi pengajian lain di luar sana manakala DLKM 5 pula adalah setaraf dengan ijazah sarjana muda di universiti-universiti tempatan.

"Malah, kita turut bekerjasama dengan UiTM dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan selain melaksanakan tiga inisiatif pembangunan bakat seperti Program Perantis Pengurusan (MAP), Program Kebolehpasaran Kerja Graduan (GEP) serta Program Internship (IP) khusus untuk para pelajar dan graduan universiti,” ujarnya.