KUALA LUMPUR - Seorang bekas penolong pengurus sebuah bank mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang pelanggan berjumlah RM715, 000 dua tahun lepas.
S.Sugunan,46، membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zamri Bakar selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya، bagaimanapun mahkamah belum menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh kerana pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi menyediakan fakta kes.