BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo meluahkan keinginan untuk terus beraksi di Arab Saudi bersama kelab Al-Nassr untuk tempoh empat tahun lagi.
Hasratnya itu dilaporkan menerusi wartawan bola sepak, Ali Al-Harbi yang memberitahu bahawa kapten Portugal itu memaklumkan kepada kelab untuk memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2027.
Iklan
Iklan
Ronaldo berpindah ke Arab Saudi pada Disember 2022, dan kariernya kembali memuncak apabila meledak 25 gol serta melakukan lapan umpanan gol dalam 30 perlawanan bersama Al-Nassr.
"Cristiano (Ronaldo) memaklumkan kepada pengurusan kelab Saudi itu yang dia mahu memperbaharui kontraknya sehingga awal tahun 2027.
"Dia mahu beraksi di Piala Dunia 2026 ketika menjadi pemain Al-Nassr dan kemudian dia akan mengumumkan persaraannya,” ujar Ali.
Pemain 38 tahun itu turut diberi tanggungjawab sebagai kapten dengan Al-Nassr ketika ini berada di tangga ketiga Liga Pro Saudi di belakang Al-Taawoun dan Al-Hilal yang diperkuat oleh bintang Brazil, Neymar.
Jika kelibatnya masih berada pada edisi Piala Dunia akan datang, Ronaldo akan berusia 41 tahun dan ia merupakan pencapaian mengagumkan buat penyerang legenda itu sebagai pemain bola sepak.