Pekerja jatuh kren ketika pasang solar

Iklan
Bomba membantu membawa turun tiga mangsa yang tersangkut apabila kren digunakan mereka untuk memasang solar di sebuah rumah mengalami kerosakan di Taman Subang Height, Subang Jaya pada Selasa. Foto: Bomba Selangor

SUBANG JAYA - Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari kren yang mengalami kerosakan ketika melakukan kerja pemasangan solar di sebuah rumah di Taman Subang Height, di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dan BBP Petaling Jaya kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai insiden terbabit apabila kren digunakan untuk memasang solar di rumah itu mengalami kerosakan," katanya pada Selasa.

Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, kejadian itu menyebabkan empat mangsa terkandas.

Katanya, seorang daripada mereka terjatuh dari kren di ketinggian kira-kira tiga meter dan menyebabkannya cedera di bahagian kaki.

Iklan

"Tiga lagi mangsa masih pula berjaya dibawa turun menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) kira-kira jam jam 11.05 pagi," ujarnya.