KUALA SELANGOR - Sangkaan mendapat ikan, rupa-rupanya buaya. Itu dialami seorang nelayan ketika memasang tajur di Sungai Rantau Panjang, di sini pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu terkejut selepas menemui seekor buaya tersangkut pada tajur yang dipasang lewat petang Isnin.
Iklan
Iklan
"Pasukan kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.37 pagi dan seramai lima anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Wan Md Razali berkata, sejurus tiba pihaknya mendapati seekor buaya sepanjang dua meter tersangkut pada tajur berkenaan.
"Tiada sebarang kecederaan dialami nelayan terbabit dan kita telah membawa buaya itu ke tebing dan mengikatnya dengan tali yang sesuai seterusnya dilepaskan di penempatan penduduk," kata beliau.