Doa saya sentiasa bersama keluarga arwah: TMJ

Iklan
Mohd Hafiz Nor Azman
KEMALANGAN yang mengorban pelumba berbakat Cubrix dalam saingan di Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman twitter peribadinya, Tunku Ismail turut menzahirkan rasa dukacitanya terhadap kemalangan yang menimpa pelumba berusia 22 tahun itu.

"Begitu menyedihkan saya mendengar berita mengenai kemalangan pelumba, Mohd Hafiz Nor Azman dalam Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia, Petronas di Bandar Penawar, Johor, hari ini.

"Takziah dan doa saya sentiasa bersama keluarga arwah,” katanya menerusi tweet tersebut.

Terdahulu, tular klip berdurasi 40 saat yang memaparkan kemalangan bermula dengan rakan sepasukannya dari Terengganu, Ahmad Afif Amran melanggar papan penghadang iklan litar dan disusuli oleh Mohd Hafiz.