MELAKA TENGAH - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 30 kanak-kanak apabila diraikan Syarikat Orang Kampung Sdn Bhd (OK Group) untuk membeli baju raya di Pasaraya Mydin MITC, Ayer Keroh.
Program tahunan syarikat itu memilih kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari tiga buah sekolah di Jasin dibawa menaiki bas dan memilih baju raya kesukaan masing-masing sebelum diraikan pada majlis iftar.
Pengarah Urusannya, Habibul Ajmi Manggar berkata, syarikatnya tidak mahu ketinggalan mengimarahkan bulan Ramadan dengan membantu golongan berkenaan yang terdiri daripada murid miskin dan anak yatim berusia 7 hingga 12 tahun.
Menurutnya, setiap kanak-kanak itu diperuntukan sebanyak RM200 dan mereka turut ditemani guru-guru selain kakitangan syarikat itu yang membantu mereka membeli-belah kelengkapan raya.
Katanya, usaha ini juga medium pihaknya menyelami hati penerima dari segi keperitan dan kesusahan hidup mereka dan berharap OK Group mendapat keberkatan menerusi program amal seumpama ini.
"Alhamudlillah, memang di OK Group kita akan adakan program ini, dan saya sentiasa menggalakan kakitangan serta keseluruhan struktur organisasi mengambil peluang memanfaatkan Ramadan dengan aktiviti amal bersama yang kurang bernasib baik.
"Sekurang-kurangnya program yang telah 10 tahun diadakan itu dapat meringankan serba sedikit bebanan keluarga mereka membuat persiapan raya tidak lama lagi," katanya ketika ditemui pemberita pada program itu di sini, petang semalam.
Sementara itu, seorang anak nelayan Siti Nurul Iman Abu Bakar,10, yang mempunyai seramai 10 adik-beradik berkata, dia seronok dibawa memilih baju raya sendiri dan ini merupakan tahun kedua terpilih menyertai program berkenaan.
"Tahun lepas pun saya dibawa ke sini oleh syarikat yang sama dan begitu terharu dapat beberapa helai baju raya untuk dipakai Adilfitiri ini.
"Saya berterima kasih kepada mereka yang prihatin dan baik melayan saya sepanjang sehari termasuk membawa berbuka puasa diluar bersama rakan-rakan yang senasib," katanya.