GENEVA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Yayasan Kebudayaan Islam Geneva dan bertemu dengan kepimpinannya pada Rabu.
Dr Wan Azizah yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari di sini sejak Selasa untuk menghadiri Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR), disambut oleh Pengarah yayasan itu Fahad A. Sefyan dan Imam Noureddine Ferjani.