Polis Kelantan tingkat sekatan jalan raya

Iklan
Azmi (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Ahmad (kiri) dan Nik Ahmad Kamil di sini semalam.

JELI- Polis Kelantan akan terus memberi tumpuan terhadap sekatan jalan raya terutama di daerah bersempadan dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Azmi Abu Kasim berkata, sekatan jalan raya antara langkah berkesan dalam mengekang jenayah seperti penyeludupan dan kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Iklan
Iklan

"Jeli adalah pintu masuk ke Kelantan dari Kedah, Perak dan negeri- negeri di Utara, terdapat beberapa kejadian di mana cubaan membawa masuk PATI yang didapati menggunakan laluan ini.

"Sebab itu kita kita putuskan sekatan jalan raya di Jeli dijalankan secara tetap kerana banyak tangkapan berjaya dibuat hasil usaha berkenaan," katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jeli di sini semalam.

Iklan
Iklan

Pada majlis itu Azmi menjadi saksi penyerahan tugas daripada pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Polis, Nik Ahmad Kamil Che Ahmad kepada Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Ahmad Arifin yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Pemalsuan/Pelaburan Bersendikit/Siber) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK).