Ada bonus untuk penjawat awam Kelantan, kata MB

Iklan
Ahmad menyampaikan wang tunai RM200 kepada salah seorang ibu tunggal di Wisma Ibadurrahman di Kampung Paloh.
TUMPAT - Kerajaan Pas Kelantan memberi jaminan ada bonus saguhati untuk penjawat awam negeri ini sempena Aidilfitri yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ada peruntukan pemberian saguhati itu tetapi belum diputuskan lagi berapa jumlahnya.

"Ada bonus, usah bimbang, lagipun ada dalam bajet negeri.

Iklan
Iklan

"Biarlah negeri lain umum awal, Kelantan tunggu Pusat umum dulu, baru kita umum untuk penjawat awam di negeri ini," katanya ditemui di majlis penyampaian bantuan kepada armalah di DUN Pasir Pekan, hari ini.

Sebelum itu beliau merupakan ADUN Pasir Pekan menyampaikan bantuan armalah kepada 500 ibu tunggal di Wisma Ibadurrahman, Kampung Paloh di sini.

Iklan

Menurutnya, peruntukan itu daripada kerajaan negeri disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100,000 bagi setiap DUN.

"Bantuan ini diagihkan kepada ibu tunggal apabila setiap penerima menerima RM200 seorang sebagai perbelanjaan persiapan Aidilfitri," katanya.

Iklan