Melaka wujudkan garis panduan e-sukan

Iklan
Adly Zahari

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka akan mewujudkan pusat sukan elektronik e-sukan (e-sport) dengan meluluskan garis panduan khas bagi pengawalan serta reka bentuk pusat berkenaan.

Ketua Menterinya, Adly Zahari berkata, garis panduan dibentuk merangkumi kaedah pengurusan, aktiviti yang dibenarkan, masa dan kawasan operasi, larangan serta syarat am reka bentuk perlu dipatuhi pengusaha.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi memastikan kelancaran program itu, Jawatankuasa Pemantau E-Sport Negeri Melaka (JPE-S) turut ditubuhkan dan ia dipengerusikan Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee.

"Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka pula selaku setiausaha jawatankuasa. Kita perlu pantau supaya objektif penubuhan e-sport benar-benar memberi manfaat dan tidak mengundang aktiviti tidak sihat seperti perjudian atau masalah sosial.

Iklan

"Sebab itu tujuan buat jawatankuasa bagi memastikan e-sport mencapai matlamat dari segi kaedah bangunan digunakan, kaedah teknikal yang lain juga akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca Mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Iklan

Menurutnya, lokasi e-sport bergantung kepada permohonan pengusaha dan permohonan lesen diluluskan jika ia menepati syarat pihak berkuasa tempatan (PBT).