PETALING JAYA - Sebelas kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) dijangka ditambah di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan, di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata lokasi-lokasi itu akan diputuskan selepas kajian dibuat bersama beberapa pihak berkaitan termasuk PLUS Malaysia Berhad dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang dijangka siap tahun ini.