Penganggur tak mengaku rogol dua remaja

Iklan
Muhammad Shahril Ambry Pazeli ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

MELAKA TENGAH - Seorang penganggur berusia 26 tahun menangis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tiga pertuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 tahun tahun lalu.

Muhammad Shahril Ambry Pazeli membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di mahkamah berasingan di hadapan Hakim Norma Ismail dan Elesabet Paya Wan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan di hadapan Elesabet, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di tempat letak kereta di hadapan sebuah rumah di Taman Gadong Perdana sekitar jam 4 pagi pada 30 Mac tahun lalu.

Dua lagi pertuduhan di hadapan Norma, tertuduh didakwa merogol seorang lagi gadis bawah umur yang juga berusia 15 tahun di sebuah bilik hotel di Jalan Tun Perak di sini sekitar jam 3 pagi pada 28 Ogos 2018 dan jam 9 pagi keesokannya.

Iklan

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Muhammad Shahril didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd. Yunos dan Shazreen Nadia Saaban tidak menawarkan sebarang jaminan.

Iklan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam menangis dan merayu jaminan rendah dibenarkan terhadapnya dengan alasan tidak bekerja selain ibunya kini nazak di hospital.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak Elesabet membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 manakala Norma menetapkan jaminan RM5,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa-mangsa yang juga saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.