PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 800,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.