Jin Zhe dilantik Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu

Iklan
Phoong Jin Zhe. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe, 30, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu.

Jin Zhe mengambil portfolio Datuk Frankie Poon Ming Fung yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri yang baharu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Iklan
Iklan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media di sini hari ini turut mengumumkan pelantikan Bendahari DAP Sabah, Loh Ee Eng sebagai ADUN Dilantik yang baharu dan akan mengangkat sumpah pada Selasa depan.

Katanya, tiada rombakan Kabinet dilakukan dan pelantikan dua jawatan menteri itu bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada.

Iklan

Pelantikan tersebut dipersetujui setelah perbincangan diadakan dengan pimpinan DAP negeri dan pusat, katanya. Menurutnya pelantikan menteri bagi mengisi kekosongan di Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat itu dibuat lewat selepas kematian mendiang Stephen yang juga Pengerusi DAP Sabah pada 28 Mac lepas bagi memberi laluan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan pada 11 Mei.

Beliau yakin pelantikan Jin Zhe sebagai Menteri Belia dan Sukan sesuai dengannya sebagai orang muda yang ada keupayaan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Iklan

Frankie yang juga ADUN Tanjung Papat di Sandakan merupakan Pemangku Pengerusi DAP Sabah manakala Jin Zhe yang dikenali dengan panggilan Ginger merupakan Setiausaha Publisiti DAP Sabah.

Mendiang Stephen meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu. - Bernama