Larangan beg plastik di Selangor kuat kuasa 6 tahun lagi

Iklan
Loy Sian (dua dari kiri) merasmikan Majlis Kunjungan Mesra ke Bazar Ramadan Mampan MDKS 2019 di Bazar Ramadan Saujana Utama.

SAUJANA UTAMA - [DIKEMASKINI] Selangor akan melaksanakan penguatkuasaan larangan penggunaan beg plastik secara menyeluruh menjelang 2025 nanti.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, rakyat Selangor perlu bersedia untuk enam tahun dari sekarang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan Selangor juga sedang mengkaji dalam tempoh tiga tahun ini berkaitan bahan gantian paling sesuai, mesra alam dan mudah kompos.

"Kerajaan sedang mengkaji bahan gantian biodegradasi yang lebih mudah terhurai dan murah setanding plastik.

Iklan

"Kita kena cari alternatif bahan gantian terlebih dahulu supaya rakyat bersedia ke arah itu," katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Saujana Utama, petang semalam.

Tinjauan itu sempena Majlis Kunjungan Mesra ke Bazar Ramadan Mampan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 2019 di Bazar Ramadan Saujana Utama.

Iklan

ADUN Kajang itu menjelaskan, Selangor mahu melangkah lebih awal memandangkan kerajaan persekutuan mahu melaksanakan larangan sama menjelang 2030.

"Kempen larangan ini akan lebih fokus kepada semua sekolah seluruh Selangor bagi mendidik generasi muda untuk kurangkan penggunaan plastik.

"Kaji selidik yang dijalankan badan berkecuali menunjukkan lebih 80 peratus rakyat Selangor menyokong dan menerima polisi kerajaan untuk kurangkan beg plastik," katanya.

Larangan beg plastik ini jelas menunjukkan Selangor mempunyai sasaran baharu apabila sebelum ini, negeri itu mahu pelaksanaan ini dibuat pada 2030.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor haram beg plastik 2030

Loy Sian pada Disember tahun lalu berkata, penggunaan beg plastik akan diharamkan sepenuhnya di Selangor pada 2030 apabila kerajaan negeri menguatkuasakan larangan penggunaannya itu sepenuhnya, kini setapak lebih ke depan dengan ha hanya tempoh enam tahun dari hari ini.