100 keluarga pelajar terima sumbangan

Iklan
Kesemua jawatankuasa penganjur dan penerima bergambar bersama.

GURUN - Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 5, bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Rakan Muda Jerai telah menganjurkan majlis penyampaian sumbangan.

Yang Dipertua Persatuan Alumni SMK Batu 5 Mohd Azwan Jamaluddin berkata, program dijalankan di dewan sekolah berkenaan, semalam.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Azwan, sumbangan ini diberikan kepada 100 keluarga pelajar asnaf di sekolah berkenaan yang telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria.

Katanya, sumbangan berbentuk keperluan asas seperti beras ini diberikan bagi meringankan beban keluarga ini dalam menjalani ibadah puasa.

Iklan

"Kita juga ingin menyemarakkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat," katanya.

Menurut Mohd Azwan, pemilihan penerima dibuat berdasarkan latar belakang pelajar yang belajar di sekolah berkenaan.

Iklan

"Kita tahu ramai pelajar yang kurang berkemampuan dan dengan cara begini kita berusaha untuk membantu mereka dan keluarga," katanya.