AKTIVITI Sastera & Seni Budaya Pementasan teater Malaikat terbitan Yayasan Royal Widad bakal merupakan satu usaha terpuji untuk mengumpul dana buat Rumah Perlindungan Kanak-Kanak dan Remaja Mangsa HIV dan juga rumah Kasih Pertiwi, Sungai Buloh Selangor.
Hasil kutipan tiket untuk pementasan ini akan disalurkan kepada kedua-dua rumah tersebut bagi menampung perbelanjaan harian dan melancarkan pengurusan rumah-rumah berkenaan.
Yayasan Widad yang sememangnya terkenal dengan kerja-kerja amal sebelum ini memilih platform pementasan teater untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang mesej-mesej penting berkaitan virus HIV.
Antara tujuan utamanya ialah untuk menyebarkan maklumat tentang penyebaran wabak virus HIV, mengurangkan stigma dan padangan negatif terhadap mereka yang membawa virus HIV, membuka minda masyarakat agar menerima pesakit HIV dan lain-lain.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Royal Widad, Datuk Haji Othman Omar, antara pelakon yang bakal menjayakan pementasan ini terdiri daripada pelajar sekolah, universiti dan pelakon Rashdan Baba.
"Keterlibatan semua peringkat anak muda ini perlu bagi memupuk semangat cintakan aktiviti kerja amal disamping memberi ilmu yang berguna tentang virus HIV ini,” katanya.
Pementasan teater ini juga akan diserikan lagi dengan persembahan pembukaan dan penutup oleh penyanyi Alif Kadim (AF8) dan Nadeera Zaini (Mentor Legend - Dato Zainal Abidin).
Naskhah arahan Mohd Azam Rezali ini mengisahkan tentang Jibril yang berkahwin dengan wanita yang sering kali berdampingan pesakit HIV. Setelah kematian isterinya, Jibril meneruskan impian murni isterinya dengan membuka sebuah pusat pemulihan untuk pesakit HIV. Pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi Jibril bagi membuang stigma masyarakat mengenai pesakit HIV yang sering kali dipandang jelik oleh orang luar
Malaikat bakal dipentaskan pada 29 Disember ini di Grand Ballroom, Royal Widad Residence UTM, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.
Tiket bagi pementasan teater ini dijual dengan harga RM150, RM50 dan RM20 dan boleh didapati dengan mengubungi sakreteriat Pementasan Teater Amal Malaikat di talian talian 011-14156590.Sebuah projek seni oleh Think City Sdn. Bhd. - Menghidupkan Kota.