Walau kurang sihat, Ebby Yus cuba untuk berpuasa

Iklan
Ebby Yus

PELAKON dan pelawak, Ebby Yus yang mengalami penyakit gastrik kronik selain lemah jantung dan buah pinggang berkata, tahap kesihatan kembali stabil.

Menurut Ebby Yus atau nama penuhnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, biarpun berdepan masalah kesihatan namun dia tetap mencuba untuk berpuasa.

Iklan
Iklan

"Sakit-sakit ini sebenarnya sudah lama sejak beberapa tahun lalu. Puasa sebelum-sebelum ini saya tak ada masalah untuk berpuasa penuh.

"Cuma saya bimbang sedikit puasa tahun ini kerana setiap tiga jam saya kena makan.

Iklan

"Masa hari pertama puasa tu saya risau juga sebenarnya takut tak tahan, tapi saya cuba juga. Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya masih mampu bertahan dan tiada masalah setakat ini,” ujarnya ketika ditemui pada rakaman sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) Raya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Rabu lalu.

Ebby Yus

Begitupun, Ebby Yus masih perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.

Iklan

Dilihat tahap kesihatan semakin beransur sembuh, Ebby berkata, dia akan menerima tawaran yang bersesuaian sahaja tanpa memudaratkan dirinya.

"Kalau ikutkan sudah enam tahun setiap kali Ramadan saya memang tiada tawaran berlakon cuma rezeki puasa tahun ini bertambah.

"Tapi saya akan selektif sikit sebab tahap kesihatan saya walaupun semakin sembuh kena jaga juga,” ujarnya.