Agong rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) menandatangani plak khas ketika berkenan berangkat dan merasmikan Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah dalam rangka lawatan Baginda ke Melaka hari ni. - Foto Bernama

ALOR GAJAH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Jamek Putra di sini yang dimasyhurkan sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah sempena nama Baginda.

Baginda berangkat tiba di masjid berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari sebelum menunaikan Solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah.

Iklan
Iklan

Ketibaan Baginda disambut Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan barisan exco kerajaan negeri Melaka.

Masjid bernilai RM6.5 juta mula dibina pada 2015 dan siap sepenuhnya pada bulan September tahun 2017.

Iklan
Iklan

Seri Paduka turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aildilfitri kepada pelajar tahfiz dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) di sekitar Masjid Tanah sebelum berangkat meninggalkan Masjid Al-Sultan Abdullah kira-kira 2.10 petang. - Bernama