PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 2 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.68 seliter.
Sementara harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada kadar RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.
Iklan
Iklan
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga tersebut adalah bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini.
"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.45 seliter masing-masing.
"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.
Katanya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh itu adalah berjumlah RM99.19 juta.