MyIPO santuni anak-anak asnaf

Iklan
Acara ini merupakan julung kali diadakan dengan membawa sendiri kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan memilih kelengkapan Aidilfitri mereka.

SUBANG JAYA - Aidilfitri kali ini menjadi lebih indah dan bermakna buat 40 anak-anak asnaf daripada Rumah Amal Budi Bistari, Setia Alam di sini apabila mereka dibawa membeli belah di pasaraya Mydin, Persiaran Subang Permai semalam.

Kesemua anak asnaf ini terdiri daripada 24 lelaki dan 16 perempuan diraikan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohd Roslan Mahayuddin berkata, program yang diadakan ini merupakan program tahunan MyIPO sebagai tanggungjawab sosial korporat menceriakan kanak-kanak ini menyambut Aidilfitri kelak.

"Kakitangan MyIPO terlibat meluangkan masa hampir dua jam di pasar raya ini membantu anak-anak asnaf memilih pakaian dan kasut untuk hari lebaran nanti.

Iklan

"Semoga program sebegini dapat meringankan beban mereka serta memberikan keceriaan kepada kanak-kanak ini menyambut Aidilfitri," katanya.

Acara ini merupakan julung kali diadakan dengan membawa sendiri kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan memilih kelengkapan Aidilfitri mereka.

Iklan

Katanya, acara ini merupakan julung kali diadakan dan sebelum ini kita memberikan sumbangan wang tunai.

"Insya-ALLAH kita akan terus melaksanakan program seumpama ini setiap tahun, selain kita nak menunjukkan MyIPO turut sama menyumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang ada di negara kita ini," katanya.