Tiada talak antara ayah, anak

Iklan
Aliff dan Bella sah becerai talak satu semalam. (Gambar kecil: Siti Hafiza)

SEMALAM, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Kontroversi demi kontroversi yang mengaitkan Aliff Aziz dengan beberapa wanita akhirnya membuatkan Bella nekad untuk menuntut cerai.

Iklan
Iklan

Di sebalik kisah perceraian dua selebriti ini, entri dimuat naik ibu Aliff Aziz di Instagramnya turut menarik perhatian pengguna media sosial.

Menurut Siti Hafiza Sheikh Mohamad, selepas segala ujian dan keperitan yang dilalui, ALLAH telah mengurniakan hadiah yang begitu berharga iaitu cucunya, Mohamad Ayden Adrean.

Iklan

Katanya, Ayden akan sentiasa menjadi cahaya dalam hidup mereka sekeluarga meskipun tidak dapat berjumpa dengan lebih kerap pada masa akan datang.

"Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti. Apa pun yang akan diperkatakan kami semua sayang Ayden terutama Daddy.

Iklan

"Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia. Sehingga kita berjumpa lagi sayang,” tulisnya.

Dalam entri sama, Siti Hafiza turut meletakkan tanda pagar #TiadaTalakAntaraAnakDanAyah, #TiadaTalakAntaraCucuDanAtokSertaNinda, #allahknowsbest dan #redhadantawakkal.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang putera Mohamad Ayden Adrean.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff, Bella sah bercerai