KUALA LUMPUR - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasarkan 400,000 ahli (Sahabat) menjelang akhir tahun ini, dengan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion bagi pembiayaan mikro.
Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Junaidah Kiting berkata, AIM telah mengeluarkan pinjaman secara kumulatifnya sehingga ke hari ini, berjumlah RM22 bilion yang memberi manfaat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.