TAPAH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan pihaknya tidak berminat mengaibkan pemimpin kerajaan sebelum ini walaupun berjuang melawan kemungkaran dilakukan mereka.
Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang berkata,beliau berpegang dengan prinsip Islam untuk tidak membuka aib orang lain sebaliknya memperbaiki apa yang dilakukan mereka demi kesejahteraan rakyat.
"Bila kita cakap kita lawan kemungkaran kita benar-benar lawan kemungkaran, tetapi dalam lawan kemungkaran kena ingat di negeri Perak kalau saya nak londeh banyak perkara saya boleh londehkan.
"Tetapi kita orang Islam. Kita tidak mengaibkan sahabat kita, kita tidak mengaibkan pemimpin-pemimpin lama," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa ADUN Chenderiang, di Kampung Batu Melintang, di sini hari ini.
Menurut Ahmad Faizal, apa yang dilakukannya adalah sekiranya kemungkaran itu boleh diperbaiki pihaknya akan memperbaikinya secara diam tanpa mengaibkan sesiapa.
"Inilah yang saya buat dan saya harap tuan puan sentiasa doakan kerajaan hari ini dapat menjalankan tanggungjawab dan berilah sokongan sekiranya kami berbuat kebaikan dan tegurlah sekiranya kami salah langkah," katanya.
Sementara itu, Ahmad Faizal dalam ucapannya turut mengumumkan sebuah kawasan baharu bagi membina rumah mampu milik khusus buat penduduk Tapah akan dilaksanakan kelak.
"Satu kawasan baharu kita akan bangun rumah mampu milik khas khusus untuk rakyat Tapah dengan harga istimewa dan akan diumumkan nanti.
"Jadi simpan duit raya jangan belanja bukan-bukan sebab risau nanti dah ada rumah mampu milik tak mampu nak bayar deposit," katanya sambil berseloroh.
Lebih 500 penduduk Kampung Batu Melintang dan Kampung Lubuk Katak hadir pada majlis berbuka berkenaan di samping bersama-sama memeriahkan program Gotong-Royong Bubur Lambuk Perdana DUN Chenderiang sebelum itu.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith bersama-sama Ahmad Faizal mengedar bubur lambuk di sekitar pekan Tapah kepada orang ramai.