LAHAD DATU - Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemukan di kolam tadahan air Sahabat 41, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, mayat mangsa ditemukan pada jam 6.15 pagi oleh kumpulan pencari termasuk polis, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna, kesan luka gigitan di kaki dan paha termasuk hilang tangan kanan dari bahu hingga ke rusuk.