Bekas pembantu Ahli Parlimen dakwa diganggu secara seksual

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas pembantu seorang Ahli Parlimen di Perak yang mendakwa diganggu secara seksual oleh Ahlli Parlimen itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan itu yang dibuat di Selangor tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Iklan
Iklan

"Saya sahkan yang polis terima laporan berhubung kes ini dan siasatan lanjut masih dilakukan," katanya.

Media tempatan hari ini melaporkan yang bekas pembantu Ahli Parlimen itu membuat laporan polis yang beliau telah diganggu secara seksual.

Iklan
Iklan

Laporan itu turut menyebut wanita itu mendakwa Ahli Parlimen berkenaan telah menunjukkan buku 'Kamasutra' serta gambar lucah kepadanya. - Bernama