KUALA PILAH - Keluarga Ketua Jururawat Hospital Serdang, Allahyarham Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Cyberjaya, kelmarin masih bersedih dengan kematian itu yang dianggap ujian terbesar sepanjang Ramadan.
Ibu saudara Allahyarham, Datin Fauziah Mohamed, 54, berkata, mereka mahu penjenayah yang membunuh Siti Kharina di bawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.
"Tak sangka ada orang yang tergamak melakukan jenayah sedemikian dan kami berharap polis dapat menangkap penjenayah terbabit dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Allahyarham di Kampung Tengah, Seri Menanti di sini kelmarin.
Menurut Fauziah, kali terakhir dia bertemu arwah pada 4 Mei lalu iaitu sehari sebelum Ramadan untuk berbincang persiapan meraikan Syawal di Kampung Tengah.
"Arwah tidak menampakkan perubahan dan dia seorang yang baik serta peramah. Kematian ini mengejutkan,” katanya yang memanggil Siti Khairani sebagai Kak Long.
Fauziah berkata, dia mengetahui insiden itu melalui kumpulan WhatsApp keluarga.
Sementara itu, sepupu arwah yang mahu dikenali sebagai Zura, 49, berkata, perkhabaran itu sangat mengejutkan.
Menurutnya, sudah beberapa tahun dia tidak berjumpa arwah biarpun hanya menetap di Kuala Lumpur.
Penemuan mayat di Cyberjaya ada kaitan kehilangan jururawat
Polis temui petunjuk baharu kes kehilangan ketua jururawat