Tiga guru mangsa samun, pecah cermin kereta

Iklan
Keadaan cermin salah sebuah kereta mangsa dipercayai dipecahkan suspek sebelum disamun barangan berharga di dalamnya. (Gambar kecil: Osman)

TAIPING - Dua guru mengalami kerugian lebih RM700 apabila menjadi sebahagian mangsa bagi tiga kes pecah cermin kereta dan samun di tiga lokasi di daerah Taiping pada petang 16 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam kejadian jam 3.30 hingga 5.30 petang, pihaknya menerima laporan berlaku tiga kes pecah cermin kereta di kawasan Asam Kumbang, Taman Cemerlang dan Taman Jana Setia di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati ketiga-tiga merupakan guru sekolah berusia 51 hingga 54 tahun dan dipercayai diekori suspek ketika berurusan di bank dan bazar Ramadan sehingga ke rumah masing-masing.

Menurutnya, susulan itu, dua mangsa dalam kejadian kes di Asam Kumbang dan Taman Cemerlang, di sini mengalami kerugian wang tunai lebih RM700, kad pengenalan, kad transaksi bank dan kad kredit yang dipercayai disimpan dalam beg tangan.

Iklan

"Bagi kejadian di Taman Jana Setia, suspek dipercayai gagal mengambil sebarang harta milik pengadu.

"Polis mengesyaki suspek adalah orang tempatan dan rentetan itu, polis menubuhkan satu pasukan bagi mengesan suspek terlibat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Iklan

Osman berkata, risikan masih dijalankan dan polis sini sudah memperolehi beberapa maklumat terhadap suspek terlibat.

"Kejadian ini bukan dijalankan secara sindiket namun melibatkan pihak cuba mengambil kesempatan pada bulan Ramadan.

"Polis menasihatkan orang awam agar lebih berhati-hati sewaktu meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan masing-masing dan segera memberi melaporkan kepada polis sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan di tempat awam oleh pihak tertentu," katanya.

Semalam, kejadian pecah cermin kereta di sekitar daerah Taiping mula tular dalam media sosial apabila terdapat tiga suspek mendakwa kereta mereka dipecahkan dan disamun penjenayah pada waktu petang hari yang sama.

Laman sosial Taiping Zone mendakwa terdapat dua suspek lelaki bangsa tidak diketahui dipercayai melakukan aktiviti jenayah terbabit dengan menaiki sebuah motosikal Yamaha Y125zr berwarna biru.