Seorang parah, dua cedera kemalangan babit enam kenderaan

Iklan
Antara kenderaan yang terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Setapak Central, Jalan Genting-Klang awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Seorang parah manakala dua cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan empat motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Setapak Central, Jalan Genting-Klang awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Siasatan yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu oleh seorang mekanik dalam perjalanan dari pusat bandar ke Ampang, manakala kereta dipandu oleh pelajar warga asing dari arah Ampang ke Danau Kota.

"Kedua kenderaan terbabit dipercayai tidak berhenti dan berlakunya pelanggaran melibatkan kedua kenderaan ini," katanya.

Iklan
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, akibat daripada itu kedua kereta telah bergerak berpusing dan melanggar antara satu sama lain.

"Akibat pelanggaran tersebut, kereta dipandu pelajar warga asing itu telah terbabas ke hadapan di atas pengagih jalan arah ke Ampang.

Iklan

"Kereta dipandu pelajar warga asing itu pula berpusing dan terbabas di laluan ke arah Danau Kota dan telah melanggar empat penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat," katanya.

Menurutnya, warga asing yang memandu Hyundai berwarna emas itu mengalami kecederan parah pada kepala dan paru-paru dan dirawat di zon merah HKL.

Antara kenderaan yang terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Setapak Central, Jalan Genting-Klang awal pagi tadi.

"Mekanik yang memandu Toyota Hilux itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, dua penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan dan pinggang.

"Dua lagi penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Jelasnya, siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan bandaran mempunyai empat lorong sehala.

"Semasa kejadian cuaca baik jalan kering dan berlaku pada waktu malam berlampu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.