Johan serah kepada pucuk pimpinan

Iklan
Johan

SHAH ALAM -"Saya serahkan kepada pucuk pimpinan," demikian reaksi Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz mengenai isu berkaitan namanya yang disebut antara dicadangkan untuk menjawat jawatan Pengerusi UMNO Selangor bagi menggantikan Datuk Ismail Sabri.

Menurutnya, isu berkenaan tidak perlu dipolemikkan memandangkan ia masih dalam peringkat cadangan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya baru dalam peringkat cadangan, dan belum ada pengumuman rasmi daripada Datuk Ismail Sabri sendiri berkaitan isu ini, ia melibatkan soal perbincangan dalaman.

"Sesiapa pun yang dilantik, perlu mengemudi UMNO Selangor ini dengan sebaiknya, jawatan ini tiada sebarang usaha lobi-melobi, ia dilaksana dan dibincangkan secara baik antara semua itu yang penting," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Katanya, apa yang dibincangkan adalah empat nama.

"Tapi apa yang kita bincangkan ini tidak ada sebarang kenyataan media, sebab ia melibatkan dalaman, ada empat nama semuanya, yang mana tiga adalah lama dan seorang lagi muka baru.

Iklan

"Kita sebenarnya mencadangkan dan mencari apa kaedah terbaik, apa yang boleh dilakukan untuk memperkasakan UMNO Selangor itu sendiri," katanya.

Menurutnya, dalam soal ini biarlah pucuk pimpinan UMNO memutuskan.

"Saya akan jalankan tugas seandainya dipilih, apa pun kita bersama tak ada masalah, jadi pun boleh tak jadi pun boleh.

"Sejak UMNO kalah ni kita memang perit, peritnya adalah tangan dan kaki kita diikat, akaun bukan sekadar dibekukan malah disita, kita terikat, jadi sesiapa saja yang jadi pucuk pimpinan dapat memahami situasi, UMNO ibarat pergi perang senapang atau perlu tak ada," katanya.

Tambahnya, pengumuman rasmi akan diumumkan selepas Aidilfitri ini.

"Datuk Ismail Sabri berakhir 1 Mei dan sekarang ini Datuk Mat Nadzari memangku tugas galas tugas sebagai Pengerusi UMNO Selangor sementara, lepas raya baru umum," katanya.

Dalam pada itu, katanya angin perubahan sokongan rakyat terhadap UMNO semakin jelas.

"Perkara ini kita lihat semakin bertambah, keyakinan orang ramai terhadap UMNO dan ia juga dizahirkan dalam siri PRK sebelum ini yang mana momentumnya semakin positif.

"Kita dah nampak saluran mengundi, baik anak muda, anak muda bijak mana yang lebih bagus sama ada BN atau PH," katanya.