KIRA-kira 108 produk makanan sedia dimakan jenama FamilyMart kini didaftarkan halal, susulan pengendali dapur pusat khusus untuk kedai serbaneka berpangkalan di Jepun, QL Kitchen Sdn Bhd, telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dua hari lepas.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia akan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan Islam untuk membeli hidangan sedia dimakan seperti onigiri, bento, sandwich dan produk bakeri, serta ais krim lembut yang ditawarkan kedai itu.