KUALA LUMPUR - Suspek utama lelaki Nigeria, yang ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat, Siti Kharina Mohd Kamarudin dikatakan mengenali wanita itu melalui media sosial pada tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan mendapati lelaki yang merupakan suspek utama kes itu datang ke Malaysia awal Januari lepas dan mereka pernah berjumpa.