Roy Azman ditahan di HKL, suspek masalah jantung

Iklan
Roy Azman FOTO: Instagram Roy Azman

PELAKON Roy Azman, telah dikejarkan ke hospital selepas didapati pengsan beberapa jam lalu.

Roy atau atau nama sebenarnya ZairosminanAbdul Rahman, 49, memaklumkan dia kini sedang ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur dan disyaki mempunyai masalah jantung.

Iklan
Iklan

"Abang admitted lah kat HKL, suspek jantung. Nak ucap ribuan terima kasih Sopek, Amin, Apai, Pian dan Bakri yang tolong dari mula sebelum pengsan hingga sampai ke hospital dan panggil paramedik semua,” ujar Roy tentang keadaan terkininya.

Menerusi perkongsian video dimuatnaik di laman Instagramnya itu juga, Roy turut merakamkan ucapan terima kasihnya rakan-rakan yang datang melawatnya di hospital.

Iklan

"Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang melawat. Tak lupa juga kepada mereka yang mendoakan kesihatan abang, Terima ksih banyak insya-ALLAH, OK.,” katanya.

Sebaik sahaja berita tersebut dikongsikan, para peminat dan pengikut Roy di Instagram terus mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen positif dan mendoakan agar pelakon Tuan Anas Mikale itu segera sembuh dan dapat bekerja seperti biasa.

Iklan
Roy Azman FOTO: Instagram Roy Azman