'Kuat beribadah, kematian yang dicemburui'

Iklan
Rakan-rakan seperjuangan kepada Allahyarham Faziani menzahirkan rasa sedih dengan berita pemergiannya sejak semalam.

SHAH ALAM - Rakan-rakan seperjuangan kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, 39, nyata terkejut dengan berita pemergian arwah.

Antaranya, pengasas produk kecantikan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih popular sebagai Datuk Vida yang menyifatkan pemergian Allahyarham di bulan Ramadan ini sebagai 'kematian yang amat dicemburui'.

Iklan
Iklan

"Masih terkejut, macam tak percaya sekelip mata, bulan baik.

"Dalam perjalanan hantar zakat untuk anak yatim, baru balik umrah, seorang yang kuat beribadat. Selalu pergi umrah, arwah tak putus putus berjuang buat amal ibadat," katanya menerusi perkongsian di Instagramnya.

Iklan

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman juga terkejut dengan berita tersebut.

Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang amat baik, Alif berkata, beliau sebenarnya ada perancangan untuk menemuinya malam semalam.

Iklan

"Saya terus terimbau kembali kebaikan kak Faziani orangnya sangat baik. Setiap tahun bagi sumbangan dan ke umrah.

"Ikhlas dan tidak pernah memburukkan orang lain walau dia diburukkan. Malah dia janji nak datang majlis saya malam ini (semalam). Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh dan rezeki pergi pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan," katanya menerusi Instagramnya.

1