Indonesia berkas puluhan suspek militan

Iklan
Muhammad Iqbal (tengah) menunjukkan bahan bukti yang dirampas ketika sidang media di Jakarta semalam.

JAKARTA - Polis Indonesia semalam telah menahan puluhan suspek dikaitkan dengan Daesh termasuk beberapa yang dipercayai merancang untuk meletupkan bom ketika pengumuman keputusan Pemilihan Umum 2019 (Pemilu 2019) pada Rabu ini.

Seramai 29 suspek ditahan sejak awal bulan lalu dan penahanan 60 yang lain dibuat pada awal tahun lalu dalam siri serbuan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Jurucakap Polis Nasional, Muhammad Iqbal menyifatkan tangkapan terbaharu itu sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan sebarang kejadian serangan ganas.

Jelasnya, kumpulan militan dipercayai mahu mengambil kesempatan daripada sebarang insiden pergolakan politik untuk mencetuskan huru-hara dengan meletupkan bom menggunakan Wifi menyasarkan kumpulan protes.

Iklan

"Kami menggesa orang ramai tidak berkumpul pada hari keputusan Pemilu diumumkan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebelum ini, calon presiden, Prabowo Subianto pernah memberi amaran protes akan tercetus selepas beliau berikrar tidak akan mengiktiraf kemenangan Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang mendahului dengan 12 mata peratusan kerana mendakwa berlaku penipuan undi ketika pengundian pada 17 April lalu. - Agensi

Iklan